Make your own free website on Tripod.com

Ciri-ciri Penulisan

Terbahagi kepada 2 ciri:
a) Ciri Luaran
b) Ciri Dalaman

Ciri Luaran
Terdiri daripada struktur :
i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup

Pendahuluan

Perkenalkan isu atau persoalan yang jadi judul penulisan.
Melalui gaya yang menarik, bertenaga dan memberangsangkan minat pembaca.
Kandungannya mempunyai pertalian erat dengan judul supaya pembaca cekap mmenangkap isi.
Panjang harus relatif kepada panjang keseluruhan penulisan tersebut.

Isi/Badan

Perkembang dan bicara judul yang jadi fokus penulisan secara terperinci.
Mengutarakan fakta, pandangan, ulasan, pendapat, contoh dan hujah berhubung dengan judul.
Hujah hendaklah mantap, logik, dan berkesan.

Penutup

Merumuskan isi yang telah dipersembahkan.
Rumusan hendaklah erat dengan judul penulisan.
Ada hubungan dengan jenis penulisan, contoh:

i. Deskriptif
Gambaran total (Penghuraian).

ii. Penceritaan
Gambarkan peristiwa bermakna.

iii. Hujah
Berdasarkan hujah.

Tambahan

Karangan berpencar:

Karangan yang tidak relevan langsung dengan tajuk
Sesuatu isi atau kesimpulan yang dibuat tidak ada kaitan langsung dengan tajuk.

Karangan Berfokus:

Karangan yang ada kaitan dengan tajuk.

Ciri-ciri Dalaman

1. Kesatuan (Unity)
Ketepatan seluruh isi dan berfokuskan isu/tajuk.

3 Kaedah perkukuh kesatuan:
i. Definisi jelas.
ii. Isi berkait dengan judul dan disertakan bukti, contoh disusun kemas.
iii. Isi bukan utama didominasikan ke dalam isi utama.

2. Pertautan
Pertalian di antara satu unsur dengan unsur yang lain.
Mestilah berkesinambungan.
Contoh: Ayat, perenggan dan bahagian.
Bahagian pula terbahagi kepada 3:
i. Pendahuluan
ii. Isi/badan
iii. Penutup

Cara mempertaut ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan
Gunakan penanda wacana.

4 jenis pertautan:
i. Logik
ii. Ruang
iii. Waktu
iv. Emosi

Pertautan Logik
Hubungan yang munasabah dari segi logik
Guna penanda wacana berikut:
- oleh yang demikian,
- walau bagaimanapun,
- namun begitu,
- sehubungan itu,

Pertautan Ruang
Hubungan kedudukan benda dalam ruang alam ini.
Guna kata arah.

Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Antara contah kata arah ialah : atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara , dan sebagainya.
Dua contoh penggunaan kata arah dalam ayat adalah seperti berikut:
Ayah menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia.
Anak kecil itu menangis keseorangan di penjuru rumah.

Pertautan Waktu

Peristiwa dengan peristiwa.
Guna kata hubung:
- Sebelum ini
- Kini
- Lantas
- Pada satu hari
- Selepas ini
- Kemudian

Pertautan Emosi
Hubungan perasaan terhadap peristiwa yang dialami.
Digunakan dalam penceritaan.

3. Penekanan

Susunan semua unsur dengan cara yang sesuai.
Cara-caranya:
Isi - jelas, tegas, terus terang
- letak pada awal karangan
- ruang luas
- hujah menarik
- gaya bahawa mempersonakan

Ayat judul
Huraian
Contoh/bukti

4. Gaya Penulisan
Ketepatan diksi (Pemilihan perkataan dalam sesuatu penulisan)
Frasa (Gabungan kata)
Ayat (Gabungan Frasa)
Perenggan (Gabungan Ayat)
Kesatuan (Gabungan Perenggan)
Wacana

diksi :
- tepat, khusus, konkrit, bertenaga
- tahu sasaran (audien)

Frasa:
- tepat, sesuai
- pelbagai bentuk/ragam - ayat dasar/terbitan dll.

Perenggan ada hubungan dengan perenggan lain:
- idea utama
-idea sokongan

Penanda Wacana
Fungsi mempertaut sesuatu ayat dengan ayat yang berikutnya atau perenggan dengan perenggan, khususnya daripada aspek semantik.

Semantik - ilmu yang mengkaji dengan makna sesuatu perkataan

Korpus - bahan

Korpus:
- Fornologi (bunyi)
- Morfologi (Pembentukan perkataan)
- Sintaksis (Pembentukan ayat)
- Semantik

Tatatingkat Unit Bahasa

Wacana
Ayat
Klausa
Frasa
Kata
Morfem
Fonem (huruf)

Unit-unit di atas merupakan perisian bagi wacana sebagai unit bahasa yang terbesar.

 


Glosari

Morfem- Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.
  Unit pembeza yang terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa dalam pembentukan sesuatu perkataan, contohnya: ber-, -kan, tani, jalan.

 

Fonem- Unit yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
  Bunyi bahasa yang mempunyai fitur pembezaan makna, contohnya: /p/ dan /b/ dalam perkataan pagi dan bagi.