Make your own free website on Tripod.com

Definisi Penulisan

1. Weiner (1967)

Penulisan berkait rapat dengan individu yang ingin mempelajari penulisan dengan cara yang betul dan serius.

2. Murray (1969)

Penulisan merupakan sau bentuk penyelidikan apabila seseorang itu menemui makna dan menghasilkan idea dalam fikirannya.

3. Horton

Penulisan merupakan cara akal fikiran berfikir melampaui apa yang terfikir olehnya tanpa bantuan kertas dan pen atau cara pencapaian yang melampaui diri seseorang ke fikiran lain yang satu-satunya laluan yang disediakan oleh lakaran fikiran dan seterusnya diabadikan ke atas kertas.

4. Juriah Long et.al (1990)

Penulisan merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik

5. Flower (1980)

Penulisan merupakan satu proses menyelesaikan masalah iaitu segala maklumat yang diperolehi akan diproses bagi mencapai matlamat.

6. Comprone(1978)

Penulisan ialah transkripsi tentang proses mengungkapkan gagasan dalam bentuk karangan, iaitu satu proses mengaktualisasikan fikiran di atas kertas.

7. Awang Sariyan

Penulisan merujuk pengolahan gagasan atau pemikiran dan juga proses mekanis yang melibatkan penguasaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan atau pemikiran.

8. Hassan Long

Penulisan melibatkan pelbagai subkemahiran dan kebolehan. antara tujuannya ialah untuk menyatakan perasaan dan fikiran sama ada menerusi pertuturan, gerakan, seni atau tulisan.

9. Za'ba (1965)

Penulisan merupakan pekerjaan dengan susunan yang elok.

10. Winterword W.R & Nixon J.J (1989)

Penulisan ialah proses untuk menghasilkan wacana.

11. Syed Hasan Al-Atas

Penulisan merupakan satu bentuk kemahiran yang terpenting dalam Islam. Melaluinya, Pelbagai bentuk pengetahuan dapat disampaikan. Ia merupakan medium dalam bidang keilmuan dari satu generasi ke generasi.

12. Rahimah Haji Sabran (1988)

Penulisan ialah melahirkan perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan lagi bahasa yang dapat dibaca dan difahami.

13. Walshe R.D (1981)

Penulisan ialah proses memilih, menyatukan, menyusun dan mengembangkan idea ke dalam ayat dan perenggan yang efektif.

 

Kesimpulan

Oleh yang demikian, pada pendapat saya, penulisan ialah satu cara untuk mewakilkan fikiran, idea ataupun penyelidikan dalam bentuk grafik ( biasanya menggunakan tulisan, rajah, gambar, carta dan sebagainya) agar ia dapat difahami oleh orang lain.

 


Glosari

Wacana - Sekumpulan ayat yang memperlihatkan satu kesatuan buah fikiran, fakta atau cerita.


Last update :23/11/1998