Ciri-ciri Penulisan
Terbahagi kepada 2 ciri:
a) Ciri Luaran
b) Ciri Dalaman
Ciri Luaran
Terdiri daripada struktur :
i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup
Pendahuluan
Perkenalkan isu atau persoalan yang jadi judul penulisan. | |
Melalui gaya yang menarik, bertenaga dan memberangsangkan minat pembaca. | |
Kandungannya mempunyai pertalian erat dengan judul supaya pembaca cekap mmenangkap isi. | |
Panjang harus relatif kepada panjang keseluruhan penulisan tersebut. |
Isi/Badan
Perkembang dan bicara judul yang jadi fokus penulisan secara terperinci. | |
Mengutarakan fakta, pandangan, ulasan, pendapat, contoh dan hujah berhubung dengan judul. | |
Hujah hendaklah mantap, logik, dan berkesan. |
Penutup
Merumuskan isi yang telah dipersembahkan. | |
Rumusan hendaklah erat dengan judul penulisan. | |
Ada hubungan dengan jenis penulisan, contoh: |
i. Deskriptif
Gambaran total (Penghuraian).
ii. Penceritaan
Gambarkan peristiwa bermakna.
iii. Hujah
Berdasarkan hujah.
Tambahan
Karangan berpencar:
Karangan yang tidak relevan langsung dengan tajuk | |
Sesuatu isi atau kesimpulan yang dibuat tidak ada kaitan langsung dengan tajuk. |
Karangan Berfokus:
Karangan yang ada kaitan dengan tajuk. |
Ciri-ciri Dalaman
1.
Kesatuan (Unity)
Ketepatan seluruh isi dan berfokuskan isu/tajuk.
3 Kaedah perkukuh kesatuan:
i. Definisi jelas.
ii. Isi berkait dengan judul dan disertakan bukti, contoh disusun
kemas.
iii. Isi bukan utama didominasikan ke dalam isi utama.
2. Pertautan
Pertalian di antara satu unsur dengan unsur yang lain.
Mestilah berkesinambungan.
Contoh: Ayat, perenggan dan bahagian.
Bahagian pula terbahagi kepada 3:
i. Pendahuluan
ii. Isi/badan
iii. Penutup
Cara mempertaut ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan
Gunakan penanda wacana.
4 jenis pertautan:
i. Logik
ii. Ruang
iii. Waktu
iv. Emosi
Pertautan Logik
Hubungan yang munasabah dari segi logik
Guna penanda wacana berikut:
- oleh yang demikian,
- walau bagaimanapun,
- namun begitu,
- sehubungan itu,
Pertautan Ruang
Hubungan kedudukan benda dalam ruang alam ini.
Guna kata arah.
Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum
frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan
hala atau jurusan.
Antara contah kata arah ialah : atas, antara, bawah, tepi,
belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi,
selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara , dan
sebagainya.
Dua contoh penggunaan kata arah dalam ayat adalah seperti
berikut:
Ayah menaiki kereta api untuk ke utara Semenanjung Malaysia.
Anak kecil itu menangis keseorangan di penjuru rumah.
Pertautan Waktu
Peristiwa dengan peristiwa.
Guna kata hubung:
- Sebelum ini
- Kini
- Lantas
- Pada satu hari
- Selepas ini
- Kemudian
Pertautan Emosi
Hubungan perasaan terhadap peristiwa yang dialami.
Digunakan dalam penceritaan.
3. Penekanan
Susunan semua unsur dengan cara yang
sesuai.
Cara-caranya:
Isi - jelas, tegas, terus terang
- letak pada awal karangan
- ruang luas
- hujah menarik
- gaya bahawa mempersonakan
Ayat judul |
Huraian |
Contoh/bukti |
4. Gaya
Penulisan
Ketepatan diksi (Pemilihan
perkataan dalam sesuatu penulisan)
Frasa (Gabungan kata)
Ayat (Gabungan Frasa)
Perenggan (Gabungan Ayat)
Kesatuan (Gabungan Perenggan)
Wacana
diksi :
- tepat, khusus, konkrit, bertenaga
- tahu sasaran (audien)
Frasa:
- tepat, sesuai
- pelbagai bentuk/ragam - ayat dasar/terbitan dll.
Perenggan ada hubungan dengan perenggan lain:
- idea utama
-idea sokongan
Penanda Wacana
Fungsi mempertaut sesuatu ayat dengan ayat yang berikutnya atau
perenggan dengan perenggan, khususnya daripada aspek semantik.
Semantik - ilmu yang mengkaji dengan makna sesuatu perkataan
Korpus - bahan
Korpus:
- Fornologi (bunyi)
- Morfologi (Pembentukan perkataan)
- Sintaksis (Pembentukan ayat)
- Semantik
Tatatingkat Unit Bahasa
Wacana |
Ayat |
Klausa |
Frasa |
Kata |
Morfem |
Fonem (huruf) |
Unit-unit di atas merupakan perisian bagi wacana sebagai unit bahasa yang terbesar.
Glosari
Morfem- | Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. |
Unit pembeza yang terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa dalam pembentukan sesuatu perkataan, contohnya: ber-, -kan, tani, jalan. |
Fonem- | Unit yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. |
Bunyi bahasa yang mempunyai fitur pembezaan makna, contohnya: /p/ dan /b/ dalam perkataan pagi dan bagi. |