Penanda Wacana
3 jenis penanda wacana:
i. Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
ii. Memperjitu organisasi penulisan.
iii. Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.
Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
Beri pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian,
sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya, dsbnya.
Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh
di atas.
Memperjitu orgonisasi Penulisan
Berfungsi untuk mempertautkan hubungan bahagian wacana dengan
bahagian yang lain.
Beritahu pembaca apa-apa yang dibuat/didedahkan kepada bahagian
tertentu.
Contoh:
Sebagai kesimpulan,
untuk merumuskan,
contohnya,
tegasnya,
dapat dinyatakan bahawa
pertama,
ahkir sekali,
dengan kata lain,
dalam hal ini,
dalam hubungan ini
untuk menjelaskan lagi
Nota: Setiap frasa yang diikuti koma (,) seperti contoh di atas diwajibkan meletakkan koma dalam penulisan.
Menghubungkan fakta dengan fakta atau ide dengan ide yang lain
Halliday (1976) membahagikannya kepada 3 bahagian,
iaitu:
a. Menambah atau memperluas ide
Contoh:
dan
selanjutnya,
di samping itu,
selain itu,
lebih-lebih lagi
tambahan pula,
begitu juga,
seterusnya,
satu lagi
dsbnya.
b. Menunjukkan pertentangan ide
Contoh:
tetapi
Sebaliknya,
pada masa yang sama
walaupun
walau bagaimanapun,
walaupun demikian
sama ada
sebenarnya,
dan sebagainya.
c. Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat, tujuan-syarat.
Contoh:
jadi,
Oleh sebab itu,
disebabkan
oleh yang demikian,
untuk tujuan itu,
maka (kata pangkal ayat)
Berikutan itu,
Dengan demikian,
kecuali
dengan syarat
justeru
tetapi -
Sekiraya tetapi terletak pada permulaan ayat ia mestilah diikuti
dengan tanda koma.
contoh: ... Tetapi, ...
sebaliknya -
Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma (,) sebelum perkataan
'sebaliknya'.
Contoh:..., sebaliknya...
pangkal ayat - Di antara contoh-contoh pangkal ayat ialah seperti berikut: hatta, arakian, sebermula, alkisah.
justeru - penggunaan 'justeru itu' adalah salah dari segi tatabahasa