Definisi dan Sejarah

Definisi Genetic Algorithm (GA)

GA merupakan satu teknik optimal ataupun satu kaedah carian untuk mencari penyelesaian-penyelesaian yang optimal berdasarkan Natural Biological Phenomena dan Darwinian Survival of the fittest yang dibangunkan oleh John Holland (University of Michigan) pada pertengahan tahun 60-an.
( Professor Dr. Marzuki Khalid - Seminar On Genetic Algoritm -14 November 1996).

GA merupakan kaedah menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip genetik populasi semula jadi. Struktur pengetahuan populasi yang mewakili beberapa penyelesaian akan dikekalkan, dan kemudian membiarkan populasi tersebut membiak melalui pertandingan dan variasi kawalan.
(Grefenstette - 1993).

GA merupakan satu set arahan yang berulang bagi menyelesaikan masalah. Perkataan genetik itu merujuk kepada kelakuan algoritma yang menyerupai kepada evolusi proses biologi.
(Turban - 1992).

Perbezaan GA dengan Evolution Algorithm (EA)

GA beroperasi dalam ruang carian (search space) menggunakan operator genetik dalam rentetan yang panjangnya adalah tetap (fixed-length string). GA tidak menggunakan ruang masalah (problem space) secara terus sebaliknya maklumat dikodkan dalam ruang masalah.

GA menggunakan operator penyatu-semula yang unik dalam GA iaitu penyilangan dalam rentetan yang panjangnya adalah tetap.

Perbezaan tersebut adalah berasaskan kepada definisi GA yang diberikan oleh Goldberg (1989). Beliau menyatakan GA sebagai satu algoritma carian yang berasaskan kepada mekanisma pemilihan dan genetik secara semulajadi. Ia merangkumi 'yang paling cergas akan terus hidup' antara struktur rentetan dengan struktur maklumat yang bertukar secara rawak untuk membentuk algoritma carian yang mempunyai sedikit persamaan dengan carian dalam manusia.

Seterusnya beliau menyatakan, dalam setiap generasi, satu set rentetan buatan dicipta menggunakan bit daripada generasi lama, generasi baru ini akan cuba membentuk yang terbaik. Walaupun secara rawak, GA tidaklah seperti rawak mudak. Sebaliknya ia akan menggunakan sepenuhnya maklumat awal untuk membuat spekulasi ke titik carian baru dengan tujuan untuk menghasilkan prestasi yang lebih baik.

 


Glosari

Evolution Algorithm - merupakan satu istilah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah berasaskan komputer seperti teknik carian Hill Climbing.

Hill Climbing - merupakan satu strategi yang menggunakan penyelesaian terbaik untuk peningkatan penyelesaian masalahnya tetapi ia mengabaikan penjelajahan dalam ruang carian.